Sunday, July 5, 2009

karangan saya

setiap orang mempunyai masa lapang.kita dapat mengisi masa lapang dengan menjalankan pelbagai aktiviti.
saya suka bersukan pada masa lapang.sukan yang suka ialah bermain badminton.ini dapat menyihatkan badan.sukan juga dapat membolehkan badan saya sihat otak cerdas.
saya juga suka menjalani hobi saya seperti bermain catur semasa ,asa lapang.saya juga menonton rancangan televisyen sebagai hiburan.aktiviti tersebut dapat menghibur hati saya.
selain itu,saya juga menggunakan masa lapang untuk mengulang kaji pelajaran dan membaca buku.dengan membaca buku,ini dapat menambahkan pengetahuan dan kosa kata saya.
di samping itu, saya juga menolong ibu bapa membuat kerja rumah semasa masa lapang.saya selalu menolong ibu bapa menyapu lantai dan menjemur pakaian.
saya juga suka pergi berkelah dan ,melancong dengan ahli keluarga pada masa lapang.ini dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga.dengan melancong, saya juga dapat meluaskan pengetahuan saya.
tersebut ialah cara-cara saya mengisi masa lapang.masa itu emas, kita hendaklah mengisi masa lapang dengan baik.

No comments:

Post a Comment